Formula Sistem Jualan

Bekas driver bas boleh jual 400,000 produk sebulan.

Puan E dah lama berniaga. Sejak masa sekolah. Bila masuk universiti, beliau join MLM.

Tapi ibunya tak restu. Kita ni bila ibu tak restu mesti jalan yang kita pilih jadi semakin sukar.

Akhirnya pada tahun 2009 bisnes MLM beliau terpaksa berhenti sebab bankrup. Hutang dengan orang dan bank keliling pinggang.

Untuk meneruskan kehidupan, Puan E buat macam-macam kerja. Jadi pembantu rumah, jadi penyanyi majlis kahwin, jadi driver bas dan sebagainya.

.

BISNES MINYAK WANGI
Tapi semangat untuk berniaga tu tetap ada. Pada tahun 2010, beliau sudah mula menjual minyak wangi.

Minyak wangi original ada, minyak wangi reject ada, minyak wangi import ada. Semuanya dijual secara online.

Suatu hari tu ada orang tanya kalau boleh nak bekerja dengan beliau. Tapi masa ni beliau bukan ada kedai atau pejabat pun.

Beliau dapat idea dan offer orang ni untuk jadi ejen dropship je. Sejak hari tu ramai yang daftar jadi ejen minyak wangi beliau.

.

JADI OWNER PRODUK
Pada tahun 2015, Puan E mula buat minyak wangi jenama sendiri. Ini kerana stok minyak wangi daripada suplier sebelum ini selalu tak cukup untuk ejen-ejen beliau.

Akibat jualan yang sangat baik, beliau telah menyewa kedai 3 tingkat di Bangi Sentral untuk kerja-kerja production.

.

Hebatkan puan E? Ini antara rahsia beliau lagi untuk berjaya.

1) Guna Facebook untuk cari ejen

Kalau anda perasan, banyak iklan di Facebook yang headlinenya:

ANDA NAK JADI EJEN?

EJEN DIPERLUKAN!

Ini bukanlah headline yang baik. Ini contoh yang lebih baik:

Anda nak mulakan bisnes dengan kos rendah dan tak perlu simpan stok?

Kami nak tolong anda jana pendapatan RM1000-RM5000 dengan risiko rendah. Boleh ke?

.

2) Ramai nak jadi ejen sebab untung besar.

Beliau bagi margin untung yang tinggi kepada ejen. Contohnya stokis dapat margin 50%-70%.

Memang ramailah yang berebut-rebut nak jadi stokis dan ejen beliau. Dengan keuntungan macam ni, mereka rasa berbaloi untuk bersusah-payah menjual minyak wangi beliau.

.

3) Sistem ejen yang efisyen.

Kalau ada ejen atau stokis yang tak aktif selama 3 bulan, mereka akan dibuang secara automatik.

Jadi tak adalah orang yang sekadar nak jadi ejen sebab nak harga murah je. Beliau hanya kekalkan mereka yang serius untuk sama-sama buat duit.

Sekarang beliau dah ada lebih 1,000 ejen dan 35 stokis yang aktif!

Sebulan mampu jual sebanyak 400,000 minyak wangi. Jualan pula sudah boleh mencapai RM4.5 juta sebulan!

CREDIT CONTENT UMARVELLOUS
.

Anda nak panduan lengkap untuk bina sistem ejen teratur & berkesan yang menghasilkan jualan 6-7 angka sebulan?

#tipsbisnessetiaphari
#share
#formulasistemejen

WhatsApp-Image-2018-08-08-at-12.41.29-PM-1024x683.jpeg


Website : http://bit.ly/FormulaSistem


Author: Stokis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *